Berita Utama EPL

Kedudukan Terkini EPL

Fantasy Premier League Tips and Review

Thursday 31 March 2011

Kapten Pilihan Untuk Fantasy BPL minggu 31

Kapten pilihan untuk game week 31 adalah Wayne Rooney,Semenjak dua menjak ni,aksi Rooney agak menjadi bersama MU.sedikit biodata Rooney dari wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayne_Rooney

Wayne Mark Rooney (lahir 24 Oktober 1985 di Liverpool) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang mana sekarang ini bermain untuk kelab Liga Perdana Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan England. Beliau ini dilihat sebagai seorang yang paling berbakat dalam permainan bola sepak moden, yuran perpindahan dari Everton masih lagi tertinggi bagi seorang remaja. Biasanya beliau bermain sebagai seorang penyerang kedua kepada Ruud van Nistelrooy bagi kelab pasukannya sebelum perpindahan van Nistelrooy ke Real Madrid, walaupun semasa musim 2005-06, beliau menunjukkan bakatnya sebagai seorang pemain dengan berpindah-pindah dari midfield dan bermain pada kedua-dua posisi. Rooney telah dibandingkan dengan pemain-pemain seperti Diego Maradona[1]. Beliau memakai jersi nombor 8 bagi Manchester United daripada 2004 sehingga Jun 2007, apabila nombor jersinya ditukar kepada nombor 10. Beliau memakai jersi nombor 9 bagi England.




Jadual Perlawan Bola Sepak Inggeris EPL Minggu 31

Hujung minggu ni perlawanan dalam liga BPL diteruskan semula selepas bercuti,kepada kawan-kawan dalam league saya,jangan lupa setting player ye,tengok la saper yang menang n luck lebih..so kita serang kedai mamak kat shah alam ni ye kawan-kawan...


Sabtu April 2011

West Ham Utd v Man Utd
Birmingham v Bolton
Everton v Aston Villa
Newcastle v Wolves
Stoke City v Chelsea
WBA v Liverpool
Wigan Athletic v Tottenham
Arsenal v Blackburn

Ahad 3 April 2011
Fulham v Blackpool
Man City v Sunderland




Monday 28 March 2011

Pemilihan player fantasy epl untuk gameweek 31

Untuk gameweek 31 ini rata-rata blog yang telah saya survey,memilih 5 player ini untuk diletakkan di dalam team fantasy diorang,player-player tersebut adalah:

1. Van Persie Arsenal-player terbaik bpl bila main dalam 2ndhalf
2. Adam Blackpool-top skor & assist untuk Blackpool
3. Nani MU-paling kuat assist dalam MU
4. Suarez Liverpool-baru masuk tapi prestasi amat membanggakan
5. David Luiz Chelsea-kerajinan & deffensive yang kuat,lebih berbaloi berbanding Torres




pengenalan liga perdana inggeris dari wikipedia

Liga Perdana Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.
Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclays Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.
Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.[2] Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie A di Itali.[3]
Sejumlah 42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya empat pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United. Juara semasa adalah Manchester United yang telah memenangi kejuaraan kesepuluh, yang paling banyak dalam mana-mana pasukan.

peminat fantasy premier league

blog ni ditulis sebab terlalu minat dgn bola sepak di england,smpai kita tidak sedar setiap minggu kita tengak live di mamak dan main fantasy game di internet,blog ni sekadar berkongsi berita dan cadangan dan pandangan peminat-peminat fantasy bpl,tentang corak,tips nak dapatkan point yang tinggi dan player mana yang harus dipilih.antara blog fantasy bpl: