Berita Utama EPL

Kedudukan Terkini EPL

Fantasy Premier League Tips and Review

Monday 28 March 2011

pengenalan liga perdana inggeris dari wikipedia

Liga Perdana Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Liga Perdana Inggeris, biasanya dirujuk sebagai Premiership, merupakan kejohanan liga profesional Inggeris untuk kelab bola sepak. Di puncak sistem liga bola sepak Inggeris, ia merupakan kejohanan bola sepak yang utama.
Ia disertai oleh dua puluh kelab, berfungsi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran dengan The Football League. Liga Perdana Inggeris merupakan suatu perbadanan dimana 20 ahli kelab bertindak sebagai pemegang saham. Musim berjalan dari Ogos hinga Mei, dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan.Liga ini ditaja oleh Barclays Bank, dan oleh itu secara rasminya, ia dikenali sebagai Barclays Premier League.
Pertandingan itu dibentuk sebagai FA Premier League pada 20 Februari 1992 berikutan keputusan kelab-kelab dalam Football League First Division untuk berpisah daripada The Football League, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888, dan mengambil kesempatan hak-hak penyiaran televisyen menguntungkan. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Ia adalah liga bola sepak paling menguntungkan di dunia, dengan pendapatan semua kelab sekitar £1.4 bilion dalam 2005–06, yang dijangka akan meningkat kepada kira-kira £1.8 bilion untuk 2007–08 disebabkan oleh pendapatan media.[2] Ia juga dirank pertama dalam ranking UEFA liga-liga berdasarkan prestasi dalam kejohanan Eropah dalam lima tahun terakhir, mendahului La Liga di Sepanyol dan Serie A di Itali.[3]
Sejumlah 42 kelab pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi hanya empat pasukan pernah memenangi: Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United. Juara semasa adalah Manchester United yang telah memenangi kejuaraan kesepuluh, yang paling banyak dalam mana-mana pasukan.

No comments:

Post a Comment